KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat yang berkorban masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Dr Zaliha juga berharap agar semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat yang berkhidmat di Malaysia. Terima kasih atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang perkhidmatan.
"Anda semua telah menunjukkan semangat kerjasama dan dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab," katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Dr Zaliha juga menyifatkan jururawat sebagai aset penting dalam sistem kesihatan negara kerana tugas dan tanggungjawab mereka amat penting dalam memastikan pesakit mendapat rawatan berkualiti dan profesional.
Menurutnya, jururawat juga menjadi penjaga kepada kesejahteraan pesakit di hospital, pusat kesihatan dan klinik-klinik di seluruh negara.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Semoga hari ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya peranan jururawat dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat yang berkorban masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail BERNAMA
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Kerajaan sentiasa hargai, sokong jururawat di negara ini - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan harap semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.
Pengalaman jururawat dengan pesakit ICU COVID-19 sukar dilupakan
Jururawat yang kerap berdamping dengan pesakit ibarat pemberi sinar serta harapan baharu untuk mereka yakin pulih seperti sediakala.
"Jihad saya untuk negara" - Jururawat kematian anak tekad teruskan amanah
Tatkala ramai antara kita yang mungkin lena dibuai mimpi dan meluangkan masa berharga bersama keluarga, cabaran yang ditempuh Siti Roha Mat Aroff sungguh luar biasa.
"Saya tabik kepada semua jururawat" - Tunku Azizah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sanjung tinggi perjuangan para jururawat yang sanggup berkorban dan bekerja keras sepanjang krisis COVID-19 yang melanda negara ini.
Pengorbanan jururawat hadapi krisis COVID-19
Berhadapan krisis COVID-19, Mohd Erwan berkata ia adalah pengalaman paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang 15 tahun beliau bertugas sebagai jururawat.
Bangunan KOMTAR diserikan dengan cahaya berwarna merah sempena Hari Jururawat Sedunia
Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun.
Ucapan netizen bagi sambutan Hari Jururawat Sedunia
Menjadi seorang jururawat bukanlah mudah, ia memerlukan kecekalan dan semangat yang kuat.
Hari Jururawat Sedunia: 10 fakta tentang jururawat
Kira-kira 41 peratus daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.